[NEWBIES VERSION] - professional mohon jangan kecam saya hehe
1.travel bersama rakan yang pandai ambil gambar.
2. Kalau tak pandai xpe, janji kawan sporting untuk tolong ambilkan gambar.
3. Kalau rakan travel tak sporting juga, takpe, cool je, bawa tripod
sendiri atau pastikan muka tebal tak malu tersipu-sipu untuk tegur
strangers dan minta depa ambilkan gambar. Boleh jadi, ini menjadi satu
titik pertemuan jodoh korang. Ahaksss.
4. Google terlebih dahulu
gambar-gambar di tempt yang bakal anda pergi, ambil feel dan berangan
dulu gambar bagaimana yang anda impikan atau scroll balik gambar
kawan-kawan yang pernah dulu buat korang jeles kat instagram.
5. Ambil ribuan gambar, cuba sahaja dari pelbagai sudut, depan, belakang, jauh, dekat, angel atas, dll.
6. Pastikan bawa extra SD card, bawa laptop supaya boleh transfer gambar
atau ada account yang boleh synckan gambar, seperti Dropbox, Google
Drive atau MEGA ; kot2 memori phone penuh, lepas sync, boleh delete
terus.
7.Bila pose, set mode : POYO habis,baru feel bila ambil gambar. tak perlu cover macho/ayu. Karang belek2 gambar dalam kamera otw flight balik Msia nyesal tak sudah tak cuba posing poyo2, nangislah dalam kapal terbang sorang2...
8. Pelbagaikan pose! Antara pose blh cuba; gaya Titanic, gaya meditasi, gaya kuak lentang, gaya I believe I can fly dll
9. pastikan gambar nature lebih banyak dari anda. Masukkan elemen alam
dalam setiap foto. Awan, burung, ataupun cahaya matahari akan menambah
warna di setiap subject foto. Kita berjalan bukan untuk ambil gambar
diri sendiri semata, tapi nak gambar nature belakang awak tu. Ye dok?
10. Lokasi2 favorite: gambar2 rare cantik selalunya top view,atas
bukit2/gunung2 timggi, dalam hutan simpan, tepi tasik, dekat air terjun.
bersedialah kaki untuk hike tinggi2 dan basah2 sedikit. Kalau tak nak
hike, blh labur sedikit duit untuk cable car untuk sampai ke puncak
(jika ada)
11. Kalau nak gambar nampak extra international gitu,
ambil gambar dengan tourist-entah-siapa di sebelah. Pastikan dapat
kebenaran dulu okay, esp jika ambil gambar anak-anak kecil comey comey.
Jangan selamba badak sangat. Orang putih sangat overprotective dengan
anak mereka dan dianggap rude jika ambil gambar tanpa kebenaran parents.
Silap2 balik hostel dengan penampar sebiji hinggap di muka. Sape susah?
12. kalau ada extra cash, invest on magic camera, bila tangkap terus
cantik abes, seperti mirrorless/iphone& handphone latest model.
13. Photography ni banyak rules; tapi jangan terlalu rigid dengan rules
tersebut, just be yourself (extra excited+poyo) and enjoy!
# share jika bermanfaat
Akiey,
Photographer 45 negara newbies